Wednesday, May 3, 2017

BESI 13 HIKMAT

"BESI 13"

Sedemikian tinggi hikmat yang tersirat pada besi, sehingga diabadikan Allah SWT di dalam salah satu surah di dalam Kitab Suci Al Quran, yakni Surah Al Hadid (Besi).

13 jenis besi berhikmat ini memakan masa bertahun-tahun untuk dikumpulkan. Setelah cukup segala ramuan, setiap satunya dileburkan, diramu dan diadunkan dengan kaedah mengikut pengajian oleh tukang yang berpengalaman dan cukup isi dalaman. Sehingga terhasilnya sebentuk permata yang mengandungi cukup ramuan 13 jenis besi berhikmat.

Ramuan Besi 13 ini mungkin berbeza dengan yang dibuat oleh segelintir pihak yang lain, lantaran luasnya ilmu Allah SWT. Lain padang lain belalang, lain guru lain pula pengajian. Maka berlapang dada lah hendaknya, bukan saling mendabik dada.

Bagi Besi 13 ini, ramuannya adalah :

1. Besi Puting Parang Patah
2. Besi Barel Senapang Pecah
3. Besi Meriam Lama Pecah
4. Besi Peluru Meriam Lama Pecah
5. Besi Perisai Perang Lama Pecah
6. Besi Khursani Emas
7. Besi Khursani Putih
8. Besi Tahi Bintang
9. Besi Petir
10. Besi Leleh
11. Badar Besi
12. Besi Sayap Kumbang
13. Besi Tulang Lengan Mawas

Fadhilatnya sebagai sarana asbab dan ikhtiar untuk :

☆ Pendinding Diri & Pemagar Tubuh Badan Secara Spiritual 

☆ Penepis Serangan Yang Mendatang Secara Mengejut

☆ Pemagar Diri Si Pemakai, Keluarga & Harta Benda

☆ Membangkitkan Kewibawaan Diri penggerun seteru, selisih marabahaya khususnya bahaya yang mendatang daripada unsur besi, membangkitkan unsur 'besi asal' dalam diri jika digunapakai secara berterusan & 1001 lagi hikmatnya yang hanya dapat dirasai oleh si pemakai itu sendiri. Begitulah kiranya mengikut keterangan guru tua & pengalaman lepas mereka yang telah memakainya. Biiznillah, In sha Allah.

Tanduk kerbau balau mati dipanah petir dipasak 7 besi hikmat

"TANDUK KERBAU BALAU MATI DIPANAH PETIR"

Dipaparkan permata daripada Tanduk Kerbau Balau Mati Dipanah Petir. Tanduk ini tumpat dan padat. Di bahagian tapak bawah permata dipasak dengan ramuan tujuh jenis debu besi berhikmah bagi menguatkan lagi fadhilatnya :

1. Besi Puting Parang Patah
2. Besi Barrel Senapang Pecah
3. Besi Meriam Lama Pecah
4. Besi Tahi Bintang
5. Besi Kawah Pecah
6. Besi Perisai Perang Lama Pecah
7. Besi Khursani Putih

Keterangan daripada leluhur terdahulu dan pengalaman lepas mereka yang telah memakainya menyatakan bahawa Tanduk Kerbau Balau Mati Dipanah Petir berpasak dengan debu besi berhikmah terpilih seumpama ini menjadi sarana asbab dan ikhtiar untuk :

☆ Pendinding diri daripada sebarang serangan yang mendatang tanpa diduga.

☆ Ketahanan tubuh badan, khususnya dalam saat kecemasan (Kebal Darurat, bukan kebal yang boleh diuji cuba untuk tujuan suka-suka).

☆ Pembangkit semangat juang dalam menghadapi musuh, sekali gus melemahkan semangat lawan.

☆ Selisih marabahaya.

☆ Pelimun atau Perabun bagi orang yang berniat tidak baik kepada si pemakainya.

☆ Pembangkit kewibawaan diri dan penunduk seteru.

☆ Dalam saat kritikal ibarat "nyawa di hujung tanduk", ia menyekat senjata api daripada memuntahkan peluru.
(Beberapa peristiwa seumpamanya telah berlaku kepada pemakai item seumpama ini. Namun barang diingat, jangan sekali-kali berniat untuk "mencuba", "menguji" sekaligus "mencabar" akan Qudrat dan IradatNya. Mohonlah selalu kepada Allah SWT akan keselamatan, walau apa pun yang kita pakai sebagai ikhtiar pakaian diri).

1001 lagi hikmah yang tersirat padanya, yang hanya dapat dirasai oleh si pemakainya sendiri, lantaran setiap individu itu berbeza dalamannya dan akan berbeza juga pengalaman sepanjang pemakaiannya.

Segalanya dengan izin Allah SWT pastinya. In sha Allah.

***Tanduk Kerbau Balau Mati Dipanah Petir Berpasak Debu Besi Berhikmah ini telah dibuat pengisian khusus bagi memantapkan lagi hikmahnya, di samping fadhilat alami semulajadi asalnya.

Berhajat sila PM.
0136789441

Wednesday, March 8, 2017

badik lama 100% asli

Badik Kelantan (Pakaian Diri)

-Ketandaan Gat Tunggal atas bilah 
-Ketandaan Gelang di Mal
-Ketandaan Gagak Lapar di hujung bilah 
-Ketandaan Pecah Tembus sepanjang bilah  (Pecah Asli)
-Besi Tua Bermiang Perak (Mengerlip)